Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Demi cinta yang mendalam terhadap rimba belantara atau lebih senang kita panggil hutan..saya terpanggil untuk membuat blog sendiri yang membicarakan tentang hutan dan segala yang terkandung di dalamnya. Kita beruntung kerana dilahirkan dan tinggal di Malaysia, sebuah negara yang cukup segala-galanya..ada gunung-ganang yang megah berdiri, air terjun yang indah lagi mendamaikan, sungai-sungai yang berselirat, hutan rimba yang kaya dengan flora dan fauna, pantai-pantai dan laut yang indah terbentang serta bermacam lagi khazanah yang pelbagai yang tiada di tempat lain.
Foto: Gunung-ganang yang diselaputi hutan tebal menyimpan pelbagai rahsia yang tersembunyi.
Baiklah sebelum pergi lebih jauh, biar saya ceritakan dulu bagaimana saya boleh melibatkan diri dengan aktiviti berkaitan hutan. Semasa kecil saya dibesarkan dalam kawasan kampong Felda Pasir Raja yang dikeliilingi dengan pokok kelapa sawit. Semasa berumur 9 tahun lagi saya begitu suka merayap-rayap dalam kebun kelapa sawit bersama rakan-rakan sebaya. Kemana lagi kalau tak pergi kerkubang kat paya atau lopak-lopak air sambil memancing ikan. Kadang-kadang saya serta abang akan pergi ke hutan di hujung kampong untuk memancing ikan di sebatang sungai yang masih belum tercemar masa itu.
Aktiviti merayap di hutan semasa budak-budak sambil memancing ikan berlanjutan hingga saya habis sekolah rendah. Apabila bersekolah menengah langkah kaki semakin panjang, saya semakin berani pergi lebih jauh ke dalam hutan yang terdapat sungai besar seperti di Sungai Sayong. Habis pelusuk hutan di sekitar sungai tersebut saya redah semata-mata minat kepada hobi memancing..ikan baung, ikan terbul, ikan selalang dan kadang-kadang udang galah menjadi mangsa jorang yang dipinjam dari bapa saya (kini Allahyarham ).
Seronok bila terkenangkan kisah lama-lama ketika zaman kanak-kanak dan peringkat remaja..ohh..saya dah melalut begitu panjang..
No comments:
Post a Comment